Piala FA: Tiket Aksi JDT vs Selangor Dijual Bermula RM50
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Penyokong Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Selangor FC yang ingin menghadiri aksi final Piala FA 2024 boleh mendapatkan tiket bermula pada harga RM50.

Ini selepas pengurusan kedua-dua pasukan mengumumkan harga tiket yang sama untuk aksi final yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ad

Pemegang pas bermusim JDT berpeluang mendapatkan tiket awal aksi final mengikut ruang tempat duduk pilihan mereka. Tiket-tiket perlawanan akan dijual pada harga RM50, RM70, RM150 (Premium Grandstand) dan RM200 (VIP Grandstand).

Ad

Pemegang pas bermusim JDT boleh mendapatkannya bermula pada jam 10.00 pagi, 16 Ogos sehingga jam 10.00 pagi, 18 Ogos. Pembelian dihadkan kepada dua keping tiket sahaja.

Setelah itu, penjualan tiket kepada orang awam dibuka selepas jam 10.00 pagi, 18 Ogos. Penyokong hanya dibenarkan mendapat empat keping tiket sahaja.

Ad

Pembelian tiket hanya boleh dilakukan menerusi platform tiket dalam talian Ticket Hotline. Ini kerana tiada jualan tiket secara fizikal untuk aksi final ini.

Ad

Selangor dan JDT bakal berentap di pentas final pada 24 Ogos ini. Kedua-dua pasukan mara ke final selepas masing-masing menyingkirkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Terengganu FC di peringkat separuh akhir.

Ad