Piala Kelab Arab: Cristiano Ronaldo Pacu Al-Nassr Ratah Kelab Morocco
Asia
Al-Nassr
Advertisements

Al-Nassr tampil cemerlang menewaskan pasukan Raja Club Athletic dalam aksi suku akhir Piala Kelab Arab 2023.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Aziz itu menyaksikan pasukan dari Arab Saudi, Al-Nassr mudah mengatasi cabaran pasukan dari Morocco, Raja CA dengan keputusan 3-1.

Bintang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo membuka akaun jaringan pada minit ke-19 permainan. Selang sepuluh minit selepas itu, hantaran cantik Khaibari telah disudahkan dengan bergaya oleh Al Ghanam untuk gol kedua buat Al-Nassr.

Advertisements

Pada minit ke-38 permainan, tandukan cantik S. Fofana menambah duka pasukan Raja CA apabila tandukkannya menggegar jaring. Sebelum tamat babak pertama perlawanan, pertahanan Al-Nassr, A. Madu menghadiahkan jaringan buat Raja CA untuk menamatkan aksi separuh masa pertama dengan Al-Nassr mendahului, 3-1.

Separuh masa kedua memperlihatkan pasukan Al-Nassr terus mendominasi perlawanan untuk mencari gol tambahan. Sementara wakil dari Morocco tampak sukar untuk merapatkan jurang jaringan.

Banyak serangan yang dicipta Al-Nassr, memaksa Raja CA kekal disiplin bertahan. Beberapa percubaan berjaya dilepaskan barisan penyerang Al-Nassr namun tetap gagal menerjah jaring.

Advertisements

Keputusan 3-1 kekal hingga tamat permainan. Al-Nassr bakal meneruskan cabaran dalam saingan Piala Kelab Arab ke peringkat separuh akhir kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram