Piala Malaysia: JDT Atasi Cabaran Pertama KL City Di Cheras
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan aksi suku akhir pertama dengan langkah kanan setelah menewaskan KL City 2-1 di Stadium Cheras.

Aksi pertama suku akhir Piala Malaysia menjadi milik JDT yang turut merekodkan kemenangan kali kedua bertemu KL City setelah bertemu dua kali berturut-turut.

Ad
Sponsors

Nama-nama seperti Arif Aiman, Heberty, Oscar Arribas, Bergson, Feroz Baharuddin, Nazmi Faiz serta Jordi Amat kekal menjadi pilihan Hector Bidoglio untuk membarisi kesebelasan utama pasukan.

Ad

KL City pula turun dengan barisan pemain seperti Azri Ghani, Kamal Azizi, Zhafri Yahya, Ryan Lambert, Jovan Motika, Anwar Ibrahim dan Brendan Gan.

Bergson Da Silva meletakkan JDT dihadapan apabila meledak gol pada minit ke-32 permainan.

Ad

Jaringan tersebut kekal hingga tamat aksi separuh masa pertama menyaksikan JDT mendahului KL City 1-0.

Ad

Bersambung babak kedua, KL City cuba mencari titik kebangkitan namun beberapa percubaan gagal menerjah jaring gol lawan.

Ad

JDT menambah kekecewaan tuan rumah apabila giliran Heberty Fernandez pula menjaringkan gol pada minit ke-78.

Jaringan Brendan Gan pada minit ke-89 berjaya merapatkan kedudukan namun KL City terlambat untuk mencari gol kedua.

Perlawanan tamat menyaksikan JDT berjaya menewaskan KL City dengan jaringan 2-1 hasil jaringan daripada Bergson, Heberty dan

Aksi kedua suku akhir Piala Malaysia bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 21 Disember kelak namun KL City akan melawan Negeri Sembilan terlebih dahulu manakala JDT akan melawan Sri Pahang untuk aksi Liga Super pada 17 Disember ini.