Piala Malaysia: Jaringan ‘Gila’ Park Tae-su dan Darren Lok Hiasi Pertembungan PJ City-Sabah
Dunia
Sabah FC / PJ City / MFL
Advertisements

Dalam perlawanan pertama kumpulan D Piala Malaysia hari ini, pertemuan melibatkan pasukan Lembah Klang, PJ City dan Sabah FC berakhir dengan keputusan seri, dengan keputusan 1-1.

Pasukan tuan rumah membariskan kesebelasan terbaiknya dengan penjaga gol utama, Kalamullah Al-Hafiz menggalas tugas untuk mengemudi gawang gol sambil barisan pertahanan seperti Mohammad Raffi, Kannan, Kogileswaran dan juga Kugan diberi kepercayaan untuk menggalas tugas pada malam ini.

Barisan serangan PJ City dipimpin oleh Darren Lok yang dilihat mampu memainkan peranan dengan cukup baik apabila beliau sering mengasak ke kubu lawan dan membuat pertahanan lawan tercungap-cungap.

Advertisements

Pasukan Sabah pula mempertaruhkan kudrat penyerang berpengalaman, Amri Yahyah untuk menggalas tugas bagi menggempur lawan sambil pemain-pemain seperti Nazirul Naim, Azzizan dan Rawilson yang mengemudi barisan pertahanan.

Sabah juga mengambil tindakan yang berani untuk menurunkan bekas penyerang bawah 23 tahun negara, Thanabalan Nadarajah untuk menghasilkan impak buat pasukan.tem

Perlawanan bermula dengan cukup baik apabila kedua-dua pasukan melancarkan serangan bertali-arus ke kubu lawan untuk mencari gol awal selain mencari rentak setelah beberapa minggu tidak menjalani sebarang perlawanan.

Advertisements

Namun begitu, pasukan pelawat dilihat lebih mendominasi perlawanan menerusi gerakan pantas untuk menerjah jaring lawan.

Sungguhpun begitu, kekebalan benteng pertahanan kedua-dua pasukan menahan asakan bagi mematahkan serangan untuk mencari gol awal menyebabkan tiada sebarang gol di awal permainan.

Peluang terbaik pasukan Pj City hadir apabila gerakan yang dilakukan oleh Darren Lok menerusi satu lorongan cantik kepada Zainal Abidin namun percubaannya melewati palang gol.

Advertisements

Sabah yang mendapat suntikan awal setelah kehadiran jurulatih baharu, Ong Kim Swee dilihat bermain dengan cukup baik di tempat lawan untuk menyerap segala tekanan bermula minit pertama permainan.

Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila sepakan persis lagenda Real Madrid, Roberto Carlos yang dilepaskan oleh pemain pertahanan import, Park Tae-Su.

Perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan penuh kehampaan dengan keputusan 1-0.

Advertisements

Bersambung babak kedua, pasukan kendalian P. Maniam terus menggandakan usaha untuk menembusi gawang Sabah yang dilihat bermula dengan sedikit perlahan.

Peluang terbaik hadir menerusi gerakan yang direncanakan oleh larian oleh Darren Lok namun dihalang oleh barisan pertahanan Sabah.

Kelapaan menjejak larian pemain sayap pasukan pelawat menyebabkan sepakan penalti dihadiahkan namun gagal disempurnakan oleh Leviy Madinda sekaligus melepaskan peluang untuk menggandakan kedudukan.

Perlawanan penuh dramatik ini disajikan lagi dengan gol jaringan Darren Lok. Rembatan kencang penyerang PJ City FC itu membantu pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan.

Ini menyebabkan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati untuk berkongsi 1 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram