Piala Malaysia: Sri Pahang Tekad Sekat JDT
MakanBola
Sri Pahang FC
Sponsors

Pasukan Pantai Timur, Sri Pahang FC bertekad menghalang Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada melengkapkan koleksi empat trofi mereka untuk musim 2024/25.

Hasrat itu dizahirkan pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad apabila ditanya tentang perasaan berhadapan pasukan lamanya itu di pentas final.

Ad

Legenda Singapura itu bukan asing dengan Harimau Selatan kerana pernah melatih pasukan itu dari 2012 hingga 2013.

Ad

Meskipun sedar dengan kualiti yang dimiliki JDT, Fandi tidak melihat itu sebagai halangan buat Sri Pahang melakar kejutan di pentas final.

“Sudah pasti kita nak menang juga. Tapi kita harus juga berusaha,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.

Ad

“Mereka lebih jauh dari segi keupayaan dan kerja berpasukan, mereka di atas. Tapi dalam bola sepak, apa saja boleh berlaku.

Ad

“Jadi, kita harus hormat, betul. Tetapi dalam padang, kita perlu bagi yang terbaik.”

Ad

Sri Pahang tampil di pentas final dengan prestasi semasa yang baik. Ini selepas pasukan itu merekodkan empat kemenangan dalam empat aksi terakhir Liga Super.

Selain menghalang impian JDT merangkul empat trofi buat kali ketiga, Sri Pahang turut berpeluang meraih gelaran juara buat kali pertama sejak 2014.

Sri Pahang turut berpeluang merekodkan kemenangan pertama ke atas JDT buat kali pertama sejak 2018. Kejayaan itu dilakar dalam aksi kedua suku akhir Piala FA.

Harimau Selatan dan Tok Gajah bakal berentap di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 26 April ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments