Pasukan Sabah berjaya mencatat kemenangan besar dalam aksi Piala MFL pada Sabtu ke atas PDRM dengan kehadiran seramai 4 tonggak daripada skuad utama.
Aksi tunggal Piala MFL pada Sabtu berlangsung melibatkan pertemuan antara Sabah vs PDRM di Stadium Likas dengan kedua-dua pasukan kini berada di zon bawahan dan tengah liga.
Tumpuan peminat Sabah pada perlawanan ini adalah apabila 4 pemain skuad utama iaitu Daniel Ting, Jafri Chew, Saddil Ramdani dan juga kapten pasukan The Rhinos, Park Tae-su.
Khidmat Daniel Ting dan Saddil Ramdani menjadi taruhan skuad muda Sabah oleh kerana mereka berdua berdepan penggantungan dua aksi dalam saingan Liga Super ketika ini.
Oleh itu, ini membuka ruang kepada jurulatih Sabah, Billyton Vun untuk diturunkan dalam pertemuan berdepan PDRM di Stadium Likas di hadapan sorakan peminat Negeri Di Bawah Bayu itu.
Ternyata 4 pemain utama ini membawa impak cukup besar buat Sabah apabila pasukan itu berjaya mengumpul 3 mata setelah menewaskan PDRM dengan hatrik dilakar oleh Jafri Chew.
Park Tae-su dan juga pemain muda, Fakrul Iman turut sama mengambil peluang untuk mengukir nama selaku penjaring dengan masing-masing meledak gol pada minit ke-27 serta 81.
Pasukan PDRM juga berjaya mendapatkan dua jaringan di tempat lawan ini menerusi ledakan Zazrir Naim pada minit ke-19 dan 88 namun tidak cukup bagi menghalang 3 mata milik Sabah.
Walaupun mencatat kemenangan besar, namun kedudukan Sabah di carta Piala MFL masih menghuni tangga tercorot dengan mengumpul 10 mata selepas 22 perlawanan.