Piala MFL: JDT Buat Kuching City Tersungkur
MakanBola
Johor Southern Tigers

JDT II mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya menewaskan Kuching City dengan jaringan 3-0.

Aksi yang dijadualkan bermula pada 8.15 malam bagaimanapun terpaksa ditunda seketika ekoran masalah lampu limpah.

Aysar Hadi turun selaku kapten pasukan JDT bagi aksi ini manakala Abang Haiqal pula memimpin pasukan Kuching City.

Aksi seimbang antara kedua-dua pasukan menyaksikan babak pertama tamat tanpa sebarang jaringan.

Memasuki babak kedua, Gabriel Nistelrooy menceriakan kem JDT apabila menjaringkan gol pertama pada minit ke-52.

Nistelrooy sekali lagi mencipta jaringan pada minit ke-80 perlawanan.

JDT menoktahkan kemenangan bergaya apabila Danish Syamer menjaringkan gol ketiga selang dua minit kemudian.

Keputusan 3-0 JDT ke atas Kuching City menyaksikan 3 mata berharga menjadi milik pasukan Harimau Selatan dalam saingan Piala MFL.

JDT kekal di tangga teratas dengan 20 mata selepas mengharungi 9 perlawanan. Kuching City pula berada di kedudukan ke-12 liga dengan mengumpul 5 mata.