Piala MFL: JDT II Kecewa Diikat Sabah
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Walaupun diperkuat beberapa pemain yang membantu skuad B-22 negara menjulang Piala Merlion, itu masih tidak mencukupi untuk membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) II diikat Sabah 1-1 dalam perlawanan Kumpulan A Piala MFL.

Sebaik sepak mula, Harimau Selatan mula mencari peluang untuk menembusi gawang Sabah. Dan hasilnya, JDT mendahului pada minit ke-15 menerusi penyerang kelahiran Sarawak, Gabriel Nistelrooy pada minit ke-15.

Ad

Tersentak, barisan serangan Badak yang diterajui bekas penyerang Kelantan United, Jacob Njoku berusaha mendapatkan gol penyamaan. Tetapi barisan pertahanan JDT II diterajui kapten Adam Nor Azlin memastikan kedudukan 1-0 kekal sehingga rehat.

Ad

Sabah memperkemas rentak pada babak kedua. Dan hasilnya, Sabah mendapat sepakan penalti selepas Sahrizan Saidin dijatuhkan pertahanan Harimau Selatan dalam kotak penalti.

Njoku mudah menewaskan penjaga gol pelawat, Zulhilmi Sharani bagi menyamakan kedudukan 1-1. Itu juga merupakan percubaan pertama Sabah tepat ke arah gol.

Ad

JDT II yang tersentak berusaha memburu gol kedua. Dan hasilnya pada minit ke-80, giliran mereka pula dianugerahkan sepakan penalti selepas pengadil mengesan kekasaran ke atas pemain pelawat dalam kotak penalti.

Ad

Walaupun cuba dibantah oleh pemain-pemain Sabah, pengadil tetap dengan keputusannya. Bagaimanapun, Harimau Selatan hampa apabila percubaan Daryl Sham dinafikan penjaga gol Sabah, Fahmi Ikhwan.

Ad

Di sebalik percubaan oleh kedua-dua pasukan, keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Dengan keputusan ini, JDT II mengumpul lima mata daripada empat perlawanan dengan Sabah kini mengumpul dua mata dalam Kumpulan A Piala MFL.