Piala MFL: Kelantan DN Tewas Mengejut Ke Atas Terengganu
MakanBola
MFL

Aksi saingan Piala MFL petang ini menyaksikan Kelantan DN tewas mengejut ke atas Terengganu dengan keputusan 0-4.

Kelantan Darul Naim turun dengan misi mengekalkan rekod tanpa kalah bagi musim ini sementara Terengganu II dalam misi mencipta kemenangan ketiga selepas tewas dalam perlawanan sebelum ini.

Separuh masa pertama menyaksikan Terengganu berkelebihan dengan dua jaringan yang dihasilkan oleh Khala’if Naskam pada minit ke-26 dan Engku Nur Syakir pada minit ke-36 permainan.

Separuh masa kedua bermula, Terengganu terus pamer aksi cemerlang apabila berjaya menjaringkan dua gol menerusi pemain import, Nnabuike Chukwu Chijioke pada minit ke-51 permainan dan pemain tengah, Rizuan Muda pada masa tambahan minit ke-90.

Ketika ini, Kelantan DN menghuni tangga ketiga dengan 17 mata sementara Terengganu II naik satu anak tangga di kedudukan yang keenam Liga. 

Selepas ini, Terengganu akan berdepan Penang dan Kelantan DN akan bertemu Johor Darul Ta’zim pada 5 Oktober hadapan.