Piala MFL: Selangor Hentikan Deretan Kemenangan Sri Pahang
MakanBola
Sri Pahang FC

Perlawanan saingan Piala MFL petang ini menyaksikan skuad muda Selangor berjaya menghentikan ‘win streak’ hebat Sri Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang. 

Skuad muda Sri Pahang ketika ini memegang rekod empat perlawanan tanpa kalah, manakala Selangor pula turun dengan misi mencuri tiga mata berharga di tempat lawan.

Seawal minit ke-7 permainan, pemain tengah Selangor, Muhammad Izrin Ibrahim membuka jaringan pertama pasukan.

Ad

Separuh masa pertama berakhir, Selangor berkelebihan dengan satu jaringan. Pasukan tuan rumah, Sri Pahang tersentak seketika. 

Ad

Pada minit ke-83, Selangor menggandakan jaringan menerusi pemain kaki kiri, R. Ruventhiran sekaligus menutup harapan Sri Pahang untuk bangkit kembali. 

Ad
Ad

Perlawanan tamat dengan keputusan, Sri Pahang 0-2 Selangor. Skuad muda Selangor ketika ini duduk di tangga ke-5 Liga dengan 12 mata sementara Sri Pahang di tangga ke-4 dengan 13 mata.

Ad

Selepas ini, skuad muda Selangor akan bertemu Terengganu pada 27 Ogos ini manakala Sri Pahang berehat sebulan untuk menunggu perlawanan seterusnya menentang Kedah pada 17 September ini.