Piala MFL: Selangor Terkedu Diikat Negeri Sembilan
MakanBola
Negeri Sembilan FC
Sponsors

Selangor FC kembali berada di persada Piala MFL meskipun diikat pasukan Negeri Sembilan 1-1 di Stadium UiTM.

Selangor berharap dapat meraih kemenangan untuk merampas tampuk pendahulu Piala MFL daripada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Sementara skuad muda Sang Rusa pula mahu memintas Terengganu FC II yang menduduki tangga keenam liga.

Ad

A. Selvan, Hariz Kamarudin dan Izaffiq Ruzi memperkuat cabaran Negeri Sembilan. Manakala Selangor pula diperkuatkan dengan kehadiran Sharul Nazeem Zulpakar, V. Ruventhiran dan Khairulazhan Mohd Khalid dengan Alex Agyarkwa kembali di bangku simpanan.

Ad

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha mencari kelebihan gol awal.

Negeri Sembilan mencipta kejutan dengan mendahului pada minit ke-11. Hariz yang pernah mewakili pasukan PDRM FC menyumbat bola melepasi Khairulazhan.

Ad

Tersentak, Merah Kuning yang dibimbing Abdifitaah Mohamed Hassan bangkit memburu jaringan penyamaan. Hasilnya, Sharul yang mesra disapa Afro menyumbat gol penyamaan empat minit selepas itu.

Ad

Kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol kedua perlawanan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Ad

Bersambung selepas rehat, Selangor dan Negeri Sembilan terus buntu menambah kelebihan gol yang dimiliki.

Keadaan ini mendorong jurulatih Sang Rusa, Ishak Kunju Mohamad memasukkan R. Dalan pada minit ke-57. Manakala Abdifitaah pula memasukkan Harry Danish Mohd Haizon dan pemain import terbaru Merah Kuning, Omid Musawi tiga minit selepas itu.

Melihat Selangor masih buntu mencari gol kemenangan, Abdifitaah memasukkan Rohisham Haiqal dan Agyarkwa sebagai pemain gantian pada minit ke-75.

Kedua-dua pasukan terus buntu mencari gol kemenangan dengan keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan Selangor merampas takhta Piala MFL atas kelebihan jaringan.

Manakala Negeri Sembilan pula gagal merampas tempat keenam daripada Terengganu II meskipun berkongsi 13 mata. Selepas ini, Sang Rusa bakal berdepan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) B di Tampin pada 22 Oktober.

Manakala Merah Kuning pula bakal berdepan KL City FC Extension di Cheras pada hari yang sama.