Aksi saingan Piala MFL malam ini menyaksikan skuad muda Terengganu dan Sabah yang berakhir dengan keputusan 2-1.
Ini merupakan aksi terakhir buat pasukan Terengganu di laman sendiri sementara Sabah masih berbaki lagi satu perlawanan.
Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan Terengganu 1-0 Sabah. Jaringan dihasilkan menerusi sepakan penalti pada minit ke-45 daripada Aqil Idham penyerang pasukan.
Dua minit sebelum tamat perlawanan, Sabah berjaya bangkit menjaringkan gol pertama pasukan menerusi sepakan penalti daripada Azhad Arman.
Tidak lama kemudian, Terengganu kembali didepan apabila Adam Uwais berjaya menjaringkan gol kedua pasukan pada saat akhir sekaligus tiga mata penuh diperoleh di laman sendiri.
Terengganu cemerlang akhiri saingan Piala MFL berada di tangga ke-3 liga dengan 44 mata sementara Sabah berada di tangga tercorot dengan 10 mata.
Selepas ini, Sabah akan bertemu Negeri Sembilan pada 14 April depan bagi aksi terakhir saingan Piala MFL 2024.