Aksi terakhir Piala MFL membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) II dan Penang FC II bakal diadakan di Stadium Sultan Ibrahim.
Kebiasaannya, Stadium Pasir Gudang digunakan sebagai gelanggang sendiri JDT II untuk kempen Piala MFL.
Menjelang aksi terakhir liga Piala MFL pada 14 April ini, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan sedikit perubahan untuk venue aksi JDT II dan Penang II.
Aksi tersebut bakal diadakan di gelanggang keramat pasukan itu, Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dan bukan Stadium Pasir Gudang.
Perubahan ini dijangka menambah kehangatan perebutan gelaran juara liga Piala MFL yang bakal ditentukan dalam aksi terakhir musim 2024/25.
Ini kerana JDT II menerajui liga dengan 50 mata, satu mata di hadapan pencabar terdekat, Selangor FC.
Selangor yang turut mengimpikan gelaran juara bakal berdepan skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) B di Stadium MBPJ pada hari yang sama.