Piala Presiden: JDT Singkirkan Terengganu Untuk Ke Peringkat Akhir
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Skuad muda JDT gah menundukkan cabaran Terengganu dengan agregat 4-1 untuk marah ke peringkat akhir Piala Presiden.

Keputusan separuh akhir pertama menyaksikan pasukan JDT dan Terengganu terikat seri tanpa jaringan sekaligus aksi separuh akhir kedua menjadi penentu untuk kedua-dua pasukan.

Ad

Babak pertama perlawanan diriuhkan dengan jaringan pertama oleh Irfan Shahkimi pada minit ke-24 untuk meletakkan JDT dihadapan.

Ad

Terengganu cuba untuk bangkit namun gagal membolosi gawang gol JDT sehingga tamat aksi separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, giliran Danish Syamer meledak gol untuk JDT apabila menjaringkan gol kedua pasukan pada minit ke-60.

Ad

Danish Syamer sekali lagi mencetak nama selaku penjaring gol menerusi gol ketiga selang 5 minit kemudian.

Ad

Terengganu cuba mencari momentum kebangkitan selepas Danial menjaringkan gol pertama untuk Terengganu pada minit ke-71.

Ad

Namun Irfan Syahkimi kembali menjarakkan jurang gol antara JDT dan Terengganu apabila berjaya membolosi gawang gol Terengganu untuk kali keempat pada minit ke-75.

Perlawanan tamat dengan JDT III berjaya menewaskan Terengganu III 4-1 untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Presiden menerusi agregat 4-1.

Skuad muda JDT bakal menentang pasukan Selangor untuk aksi akhir Piala Presiden setelah Selangor berjaya menewaskan skuad AMD dengan agregat 5-1.