Piala Presiden: JDT Terus Dominan, Selangor & Terengganu Tercicir Mata
MakanBola
JST/FAM
Sponsors

Tiga pasukan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) III, Selangor FC dan Terengganu FC Bawah 20 Tahun (B-20) mengalami nasib berbeza dalam aksi terbaru Piala Presiden.

JDT III melonjak ke tangga kedua liga Piala Presiden apabila menewaskan Melaka FA 2-0 di Stadium Hang Tuah.

Ad
Sponsors

Afiq Hakimi dan Adib Ibrahim masing-masing mencetak nama sebagai penjaring dalam perlawanan itu. Keputusan itu memastikan anak buah Pedro Collado Celda mengekalkan rekod 100% dalam liga.

Ad

JDT III hanya dipisahkan satu mata dengan pendahulu liga, Kuching City FC-Miri. Skuad muda The Cats kekal tanpa kalah apabila menewaskan Penang FC II 2-0.

Selangor dan Terengganu B-20 pula terpaksa berkongsi satu mata selepas terikat tanpa jaringan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Ad

Keputusan ini menyaksikan Terengganu B-20 dan Selangor masing-masing hanya dipisahkan satu dan dua mata dengan JDT III.

Ad

Selepas ini, skuad muda Peteh akan menentang Sabah FC II pada 11 Mei. Ubi muda The Red Giants pula akan menentang Negeri Sembilan FC pada 15 Mei.

Ad

Celda berharap skuad muda Harimau Selatan dapat meneruskan rentak kemenangan apabila bertemu Penang II pada 14 Mei.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments