Piala Presiden: Penalti Pacu Selangor Ke Separuh Akhir, Tundukkan Perak
MakanBola
Perak FC

Selangor FC memerlukan penentuan sepakan penalti untuk menewaskan Perak FC III untuk mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Presiden 2024.

Selepas meraih keputusan 1-0 di Padang PCRC, Ipoh pada 10 Oktober lalu, skuad muda The Bos Gaurus mahu mempertahankan kelebihan gol mereka. Sementara Selangor pula memburu kemenangan di UM Arena untuk mengulangi kejayaan mara ke separuh akhir edisi 2023.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha mencari kelebihan gol awal. Izzat Syahir Zulihsan dan Adam Fitri Mohd Paudzi menjadi sandaran gol Selangor.

Ad

Sementara jurulatih Perak III, Shahril Nizam Khalil memberi kepercayaan kepada Danish Haikal Abdullah untuk mengetuai cabaran pasukan itu.

Ad

Kesungguhan Merah Kuning membuahkan hasil apabila menjaringkan gol pada separuh masa pertama. Keputusan ini menyaksikan Selangor mendahului 1-0 sehingga rehat.

Bersambung selepas rehat, Selangor dan Perak III meningkatkan asakan untuk memburu gol kemenangan. Ini kerana sekiranya mereka terikat 1-1 dari segi agregat pada akhir perlawanan, perlawanan akan diheret ke masa tambahan.

Ad

Keadaan ini mendorong jurulatih Selangor, Firdaus Aziz dan Shahril Nizam membuat beberapa pertukaran pemain dengan harapan dapat mengubah momentum perlawanan.

Malangnya, gol yang dicari-cari tidak muncul dan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Ini menyebabkan perlawanan diheret ke masa tambahan untuk mencari pemenang.

Dan selepas 120 minit permainan, Perak III dan Selangor masih terikat 1-1 dari segi agregat. Ini menyebabkan perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti untuk menentukan pemenang.

Pada akhirnya, Merah Kuning mara menerusi penentuan sepakan penalti. Ini selepas pasukan itu menyempurnakan lima sepakan dengan Perak hanya menyempurnakan tiga sepakan.

Selepas ini, Selangor akan berentap dengan pasukan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 17 Tahun (B-17) di peringkat separuh akhir. AMD B-17 mara selepas menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dalam satu lagi aksi suku akhir.