Piala Presiden: Selangor Mara Ke Final, Singkirkan AMD
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Selangor menempah tiket ke aksi final Piala Presiden 2024 setelah mencatatkan kemenangan besar ke atas Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 17 tahun pada Rabu.

Setelah terikat seri 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama lalu, Selangor dan AMD kembali bertemu di Kuala Lumpur untuk menentukan satu pasukan yang bakal layak ke perlawanan akhir.

Ad

Kesebelasan utama Selangor diperkuat pemain B-19 negara, Izzat Syahir dan Zamirul Hakim, begitu juga skuad AMD yang mempertaruh penjaga gol muda kebangsaan, Faez Iqhwan.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by NFDP OFFICIAL PAGE (@nfdp_official)

Permainan di sepanjang babak pertama berlangsung cukup sengit tatkala kedua-dua pasukan berusaha untuk memburu jaringan awal dengan serangan bertali arus dilancarkan.

Ad

Tiada sebarang gol dapat dihasilkan baik Selangor mahupun AMD dengan ketumpulan barisan hadapan selain kekebalan barisan pertahan menyaksikan kedua-dua pasukan kecewa.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Selangor 0-0 AMD.

Ad

Kembali dari bilik persalinan, skuad muda Selangor membuka tirai jaringan menerusi pemain kebangsaan, Izzat Syahir yang meledak gol 10 peribadi dalam kejohanan ini pada minit ke-51.

Sebelas minit berselang, giliran Harry Danish pula mencetak nama selaku penjaring untuk gol kedua Selangor sekaligus memberikan kelebihan 2-0 buat anak buah Firdaus Aziz ke atas AMD.

Selangor yang merupakan juara 5 kali Piala Presiden tampil garang dengan jaringan ketiga oleh pemain gantian, Syahir Sukri yang meledak gol pada minit ke-73, tujuh minit setelah dibawa masuk.

Di masa tambahan, Izzat Syahir melengkapkan kemenangan besar buat Selangor dengan jaringan keempat yang juga gol kedua peribadi pada aksi ini untuk membawa pasukan mara ke final.

Aksi di Arena Universiti Malaya berakhir dengan keputusan 4-0 sekaligus memastikan kemaraan skuad muda The Red Giants dengan agregat 5-1.

Untuk rekod, ini merupakan pentas final Piala Presiden ke-10 buat Selangor selepas mara pada edisi 1987, 1988, 1994, 1997, 1999, 2000, 2001, 2008 dan 2018.

Menanti Selangor di perlawanan akhir Piala Presiden nanti adalah pemenang bagi satu lagi aksi separuh akhir antara JDT dan Terengganu yang akan beraksi di sebelah malam pada Rabu.