Asia Tenggara
PKNS FC
Advertisements

Piala Sultan Selangor (TSSC) 2024 menerima suntikan kewangan yang besar menerusi tajaan yang mencecah RM1.8 juta.

Advertisements

Secara ringkas, TSSC merupakan satu kejohanan yang diasaskan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada tahun 2001.

Kejohanan ini bertujuan bukan saja mengukuhkan hubungan antara pasukan bola sepak Selangor dan Singapura. Malah, ini dilihat mengembalikan semula nostalgia perseteruan kedua-dua pasukan sejak Singapura menarik diri dari Liga Malaysia (Liga M) pada 1994.

Advertisements

Disebabkan perseteruan yang wujud sekian lama antara kedua-dua pasukan, pertembungan Selangor dan Singapura turut dilabel Malayan El Clasico.

Kini selepas lima tahun menyepi selepas kali terakhir dianjurkan pada 2019, TSSC bakal diadakan di Stadium Merdeka pada 17 Ogos ini.

Advertisements

Atas sebab itu, kerajaan negeri Selangor menyumbang RM1 juta untuk saingan TSSC 2024. Sementara Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) pula menyumbang RM200,000.

Manakala Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Worldwide Holdings Berhad dan KDEB Waste Management Sdn Bhd masing-masing menyumbang RM100,000.

Advertisements

Kumpulan Semesta Sdn Bhd, Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan Syarikat Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) pula masing-masing menyumbang dana sebanyak RM50,000.

Sementara itu, syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah Kumpulan Tanjung Balai menaja sebuah kereta Honda City sebagai hadiah cabutan bertuah besar untuk tahun ketiga berturut-turut.

Advertisements

Aerofront City Development pula menaja hadiah penginapan empat hari tiga malam di Marriott Kota Kinabalu dan Noble Resort Hotel Melaka. Hadiah penginapan ini juga sebahagian daripada hadiah cabutan bertuah TSCC 2024.

Kesemua tajaan TSSC 2024 ini diumumkan dalam satu majlis penyampaian cek sumbangan dan jamuan teh yang diadakan di Istana Alam Shah, Klang semalam.

Selangor muncul juara TSSC edisi 2019 selepas menundukkan Singapura 1-0 di Stadium Shah Alam.

Menariknya, TSSC 2024 menjadi pertandingan bola sepak pertama diadakan di Stadium Merdeka sejak ia ditutup pada 2016 untuk kerja-kerja penaiktarafan.

Juara kejohanan bukan saja menggondol trofi TSSC. Malah, pemenang kejohanan juga menerima hadiah wang tunai berjumlah RM80,000.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram