Piala Sumbangsih MHL: Malaysian University Muncul Juara Tewaskan Negeri Sembilan
UltraSukan
MHC
Sponsors

Juara Liga Hoki Malaysia (MHL) Wanita musim 2023, Negeri Sembilan kempunan mempertahankan trofi Piala Sumbangsih MHL apabila tewas kepada pasukan pilihan, Malaysian University.

Meskipun memegang status sebagai juara bertahan, pasukan yang dibimbing K. Rajan itu melihat diri mereka sebagai pasukan bukan pilihan.

Ad
Sponsors

Ini kerana Malaysian University yang dilatih Lailin Abu Hassan dianggotai ramai pemain kebangsaan berbanding Negeri Sembilan yang dianggotai ramai pemain muda.

Ad

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mengatur langkah dengan berhati-hati untuk mendapatkan gol pendahuluan.

Negeri Sembilan terlebih dahulu di hadapan menerusi pukulan penalti pemain kebangsaan, Anith Humairah Baharuddin pada minit ke-16 yang menewaskan penjaga gol, Siti Zalia Nasir.

Ad

Keceriaan ubi muda Negeri Sembilan tidak bertahan lama apabila Iren Hussin menyamakan kedudukan pada minit ke-27. Keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Ad

Bersambung pada suku ketiga perlawanan, kedua-dua pasukan berusaha mencari gol tambahan meskipun terpaksa beraksi di atas padang basah susulan hujan lebat.

Ad

Bagaimanapun, anak buah Lailin lebih klinikal di depan gol. Mereka kemudiannya mendahului pada minit ke-40 menerusi Siti Nur Arfah.

Negeri Sembilan berusaha memanfaatkan baki 15 minit terakhir untuk mendapatkan gol penyamaan. Malangnya, barisan pertahanan Malaysian University yang diterajui Siti Zalia terus menghampakan juara MHL Wanita musim 2023 itu.

Kesungguhan Negeri Sembilan mendapatkan gol penyamaan akhirnya berhasil menerusi pukulan penalti kedua Anith Humairah pada minit ke-52.

Keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan. Ini menyaksikan perlawanan diheret ke penentuan penalti bagi menentukan pemenang Piala Sumbangsih.

Penentuan penalti menyaksikan Malaysian University muncul pemenang selepas berjaya menyempurnakan tiga pukulan penalti.

Lebih manis, Siti Zalia muncul wira dengan menafikan kesemua tiga pukulan Negeri Sembilan.