PJ City Belum Nyatakan Mahu Tarik Diri
Dunia
Advertisements

Khabar angin tersebar kencang mengenai PJ City akan menarik diri daripada saingan Liga Super musim depan susulan tweet oleh pengacara sukan terkemuka tanah air, Hafizal Hamad pada Isnin.

Kelab berpangkalan di Lembah Klang itu yang merupakan satu-satunya pasukan mempertaruhkan sepenuhnya kudrat pemain tempatan, khabarnya sudah pun memaklumkan kepada barisan pemain dan pegawai mengenai perkara itu dan hanya menunggu masa untuk membuat pengumuman rasmi.

Ditanya mengenai kesahihan perkara itu kepada CEO Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam, beliau menyatakan sehingga kini kelab itu tidak ada memaklumkan mahu menarik diri malah urusan pelesenan juga berjalan lancar.

Advertisements

“Saya tidak mahu komen mengenai spekulasi itu, tetapi jika mereka benar-benar mahu menarik diri, sudah pasti kami akan dimaklumkan. Saya sendiri ada bertemu dengan pengurusan tertinggi pasukan itu sebelum ini dan mereka menyatakan hasrat untuk kekal bermain tahun depan.

“Namun, kita tidak tahu jika mereka ada perbincangan lanjutan selepas kempen Piala Malaysia pasukan itu berakhir, baru-baru ini dan jika ada perubahan perkara itu perlu diumumkan oleh mereka.

“Kami sentiasa berhubung dengan semua pasukan dan saya harap 16 pasukan Liga Super yang bertanding dapat membuat pengesahan penyertaan sebelum penghujung Disember depan,” ujar Stuart.

Advertisements

Bagaimanapun, jika benar terjadi PJ City menarik diri, Stuart berkata ia bukanlah satu masalah besar meskipun ia dilihat sebagai tamparan demi tamparan kepada usaha mereka untuk memperkenalkan saingan Liga Super 18 pasukan.

“Tiada masalah, apa beza 15 dengan 16 pasukan, hanya setiap minggu perlawanan sebuah pasukan akan berehat, jadi ia bukanlah satu isu besar,” tambah Stuart lagi.

Sebagai rekod, sebelum ini dua kelab iaitu Melaka United dan Sarawak United telahpun digantung lesen mereka berikutan kegagalan mematuhi kriteria pelesenan kelab.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram