Nidzam Jamil: Terengganu Beruntung Ada Faisal Halim
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Jurulatih sementara Selangor FC, Nidzam Jamil akui Faisal Halim memainkan peranannya dengan baik bersama Terengganu dan dia berjaya memberikan masalah buat para pemain Selangor terutamanya di bahagian pertahanan.

“Kita ada dua half yang berbeza, separuh masa pertama dan kedua, Terengganu amat beruntung memiliki pemain seperti Faisal Halim yang berjaya melakukan banyak perkara berbeza.

“Penglibatan dia dalam dua jaringan tadi, saya tak pasti mungkin kita (Selangor) terleka sekejap. Tetapi pada separuh masa kedua kita menyelesaikan beberapa perkara, ubah taktikal sikit, sikap kita.

Advertisements

“Saya harapkan kita ada gol tetapi ianya tidak terjadi. Boleh separuh masa kedua, ianya bukan berkenaan dominasi (sahaja), tetapi berkaitan keputusan.

“Bahagian kita perlu sedar… Kita perlu ada naluri ‘bunuh’ yang lebih baik kerana mencipta peluang dan menjaringkan gol adalah dua perkara berbeza.

“Inilah bola sepak, kita tahu Faisal Halim akan beri banyak perangkap, perangkap taktikal, secara individunya dia sangat bagus.

Advertisements

“Quentin Cheng pun ada masalah untuk atasi kepantasan dia (Faisal Halim) tetapi separuh masa kedua saya rasa kita lebih baik. Fazly juga lebih baik, kapten kita, Brendan Gan buat kerja dengan baik,” jelas Nidzam Jamil di sesi sidang media sejurus perlawanan tamat.

Dalam perlawanan semalam, Terengganu berjaya mengatasi Selangor 2-0 hasil jaringan Habib Haroon dan Manny Ott.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram