Pohang Steelers Wakil Korea Selatan Di ACLE Musim 2024/25
ACL
MakanBola
Pohang Steelers
Advertisements

Pohang Steelers bakal menjadi wakil Korea Selatan yang beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) pada musim hadapan.

Menjelang musim 2024-2025, Liga Juara-Juara AFC (ACL) dipecahkan kepada dua kejohanan iaitu ACLE dan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Advertisements

Ini merupakan sebahagian daripada perancangan AFC dalam merancakkan lagi pertandingan bola sepak Asia ke tahap yang lebih tinggi.

Justeru, pada hari ini, Yonhap melaporkan Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) telah mengumumkan pasukan mana yang akan menjadi wakil negara itu di ACLE musim hadapan.

Advertisements

Pasukan pertama terpilih ialah juara K-League 1 musim ini, Ulsan Hyundai. Manakala Pohang pula layak disebabkan status mereka sebagai juara Korean FA Cup.

Advertisements

Pohang muncul juara selepas mengetepikan satu lagi wakil Korea Selatan di ACL, Jeonbuk Hyundai Motors 4-2 dalam aksi final pada 4 November lalu.

Pasukan yang bergelar naib juara K-League 1 perlu mengharungi pusingan playoff ACLE. Sekiranya berjaya melepasi cabaran playoff, Korea Selatan bakal mempunyai tiga wakil di kejohanan itu.

Advertisements

Sekiranya Pohang berjaya menamatkan musim sebagai naib juara, maka pasukan di tempat ketiga yang akan mengisi slot playoff ACLE.

Ketika ini, kedudukan tersebut dihuni oleh Gwangju yang mengumpul 57 mata.

Advertisements

News Comments Account