Tanpa Sumareh, Police Tero Terkulai Di Tangan Muangthong United
Asia Tenggara
Advertisements

Police Tero yang sebelum ini menandatangani Sumareh sebagai ‘Free Agent’ meneruskan rentak kekalahannya apabila dibenam Muangthong United di halaman sendiri.

Beraksi tanpa kelibat Sumareh yang dipercayai mengalami masalah kecerdasan berikutan ketiadaan aksi kompetitif, Police Tero juga tidak meletakkan Dominic Tan dalam kesebelasan utama pasukan.

Umum mengetahui, Sumareh bukanlah pemain yang sentiasa cergas dan beliau pernah diturunkan dalam perlawanan melibatkan Harimau Malaya dalam keadaan kecerdasannya yang meragukan.

Advertisements

Namun impak Sumareh tidak dapat dinafikan apabila beliau acap kali menjadi wira buat pasukan negara berikutan kekuatan fizikal yang dimiliki pemain yang berasal dari Gambia ini.

Kemasukan Dominic Tan pada minit ke-60 tidak mampu menghalang Muangthong dari terus melakukan asakan bertali arus apabila berjaya menambah dua lagi jaringan pada minit ke-62 dan minit ke-68.

Perlawanan tamat dengan Police Tero tewas 1-3 di tangan Muangthong United.

Advertisements

Selepas 10 perlawanan, Police Tero hanya menang 4 dan kini berada di kedudukan ke-8 liga Thailand.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram