Polis Perancis Siasat Perpindahan Neymar Ke PSG
Eropah
Paris Saint-Germain
Advertisements

Arena sukan Perancis dikejutkan dengan serbuan yang dilancarkan polis Perancis ke atas kementerian kewangan negara itu.

Serbuan itu dibuat bagi menyiasat dakwaan wujud unsur penipuan dalam perpindahan penyerang Brazil, Neymar dari Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG) pada 2017.

Portal Perancis, Mediapart mendakwa kelab gergasi Perancis berkenaan mendapat bantuan untuk tidak membayar sebarang cukai kepada kerajaan semasa merealisasikan perpindahan rekod dunia bernilai £198 juta (RM1.2 bilion) itu.

Advertisements

Tiga figura yang didakwa terlibat ialah Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin, ketua staf beliau pada ketika itu Jerome Fournel dan naib presiden National Assembly (Dewan Rakyat versi Perancis) ketika itu, Hugues Renso.

Fournel didakwa sebagai arkitek penipuan tersebut dengan mencadangkan idea mengelak cukai kepada ketua pengarah PSG ketika itu, Jean-Claude Blanc dan bekas pengarah komunikasi kelab, Jean-Martial Ribes.

Apabila perkara ini diajukan oleh pihak media kepada Darmanin pada Isnin lepas, beliau hanya menjawab perpindahan Neymar memberi kesan positif kepada kewangan Perancis.

Advertisements

“Saya sangat gembira pemain ragbi atau bola sepak datang ke wilayah kita dan membayar pelbagai cukai dan mengisi banyak cukai pendapatan.

“Jika Neymar tidak datang (ke Perancis), tiada cukai yang akan dibayar, tiada jersi bola sepak yang akan dijual atas namanya dan tiada sumbangan untuk keselamatan sosial akan masuk,” ujarnya.

Neymar merekodkan 173 penampilan, 118 gol dan 77 bantuan gol bersama Les Parisiens. Beliau berpindah ke Al-Hilal dengan perpindahan bernilai £77.6 juta (RM464 juta) pada musim panas lalu.

Advertisements

Ketika ini, Neymar sedang berehat panjang selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) ketika menjalani tugasan antarabangsa bersama Brazil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram