Polis Sahkan Video Simbah Asid Faisal Halim Adalah Benar
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden Faisal Halim disimbah asid adalah benar.

Sebelum ini, satu rakaman video CCTV yang dikongsikan OneFootball berkenaan insiden tersebut tular di media sosial.

Ad

Menerusi rakaman video tersebut, Faisal disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali sebelum suspek melarikan diri dengan membonceng motor yang ditunggang rakannya yang menunggu.

Ad

Rakaman ini dikatakan sedikit berbeza dengan kronologi kejadian yang dikeluarkan. Ini termasuk jenis kenderaan dan situasi yang digambarkan semasa kejadian.

Tidak lama selepas rakaman itu tular di media sosial, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kesahihan video tersebut.

Ad

Beliau turut mengingatkan orang ramai bahawa video tersebut sebagai sulit dan tidak patut disebarkan demi menjaga bahan siasatan dan sensitiviti mangsa. Atas sebab itu, polis akan menyiasat pihak yang membocorkan video tersebut.

Ad

“Polis akan siasat pihak yang menyebarkan video tersebut. Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan video tersebut bagi menjaga bahan siasatan serta sensitiviti mangsa dan keluarga,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan TV.

Ad

Polis kini giat memburu suspek dan telah mengeluarkan fotofit wajah suspek baru-baru ini. Suspek dilaporkan berusia 30-an, berkulit sawo matang dan memiliki ketinggian 165 cm.

Insiden yang berlaku pada 5 Mei lalu menyaksikan Faisal mengalami kelecuran tahap empat selepas terkena simbahan asid sulfurik.

Pemain sayap Selangor itu kini semakin pulih selepas menjalani empat pembedahan di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Sekiranya pemulihan daripada pembedahan terbaru yang dilaluinya pada Isnin lepas berjalan lancar, Faisal dijangka dibenarkan pulang ke rumah dalam beberapa hari lagi.