Kelab yang bakal disertai Safawi, Portimonense meneruskan rentak kekalahannya di Primeira Liga selepas tewas 0-2 di tangan Sporting di Stadium Municipal de Portimão.
Selepas 3 perlawanan Portimonense hanya meraih 1 mata hasil seri 1-1 dengan Pacos Ferriera.
Kedua-dua jaringan Sporting dihasilkan oleh Nuno Mendes, pemain yang mendapat perhatian Manchester United semasa perakhiran musim perpindahan Liga Perdana Inggeris.
Portimonense akan meneruskan kempen liga minggu ke-4 menentang Maritimo pada 18 Oktober 2020 di tempat lawan dan Safawi berpeluang diturunkan pada perlawanan tersebut berikutan keadaan kelab yang mengalami masalah kecederaan pemain utama.
Saksikan highlight perlawanan di bawah: