Posa Majais Diminta Kotakan Kata, Bukan Tabur Janji Kosong
Dunia
MFL
Advertisements

Baru-baru ini Presiden Sarawak United, Datuk Posa Majais telah berjanji bahawa tunggakan gaji kelab itu yang dilaporkan berjumlah lebih RM400,000 akan diselesaikan menjelang bulan Mac.

Menurut Posa, beliau akan melepaskan jawatannya sebagai presiden tidak lama lagi, dan mahu keluar dengan imej dan reputasi yang baik supaya namanya tidak diungkit atas sebab negatif selepas ini.

Namun, ini bukan kali pertama Sarawak United berdepan masalah tunggakan gaji, dan bukan juga kali pertama Posa Majais mengukir janji, ada di antaranya dikotakan, malah ada yang sekadar menjadi janji kosong.

Advertisements

Justeru itu, Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFAM) berharap kali ini Sarawak United mahupun Posa Majais tidak lagi berdalih dan mengotakan janji tersebut.

“Alhamdulillah bagi PFAM jika Sarawak United mahu selesaikan tunggakan tersebut. Tetapi, kita minta jangan cakap sahajalah sebab masalah tunggakan gaji ini menyebabkan pemain merana lama.

“Kita juga akan sentiasa pantau dan jika kelab itu sudah bayar, maka pemain akan hantar laporan atau resit kepada PFAM. Jadi kalau tetap tak bayar, kita akan ambil tindakan seterusnya,” kata Timbalan Presiden PFAM, Razman Roslan dipetik daripada Sukan Sinar.

Advertisements

Sebelum ini Sarawak di bawah kepimpinan Posa Majais juga ‘bungkus’ kerana masalah kewangan, di mana mereka tersingkir ke saingan Liga M3 pada 2019 dan Sarawak United yang dibeli lesennya daripada Selangor United pada 2020 turut mengalami nasib sama, tersingkir ke Liga M3 setelah gagal mendapat lesen kebangsaan daripada MFL.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram