Posisi 3 Pemain JDT Terancam
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Berita mengenai 3 pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal meninggalkan pasukan menjelang musim baharu mula bertiup kencang.

Skuad Harimau Selatan hampir pasti kehilangan pengendali, Hector Bidoglio selepas difahamkan bakal membawa masuk pengganti baharu.

Ad
Sponsors

Usaha memantapkan skuad juara 11 kali Liga Super ini diteruskan apabila beberapa pemain mula disebut-sebut bakal meninggalkan JDT.

Ad

Menerusi perkongsian oleh penganalisis bebas bola sepak Malaysia, Juan Budiman mendakwa bahawa kapten pasukan, Jordi Amat bakal melangkah pergi.

Pemain kebangsaan Indonesia yang memiliki pengalaman tertinggi bola sepak Eropah bersama Swansea City, Real Betis dan Rayo Vellecano.

Ad

Pemain kedua yang dilaporkan bakal mengucapkan salam perpisahan adalah bekas tonggak Real Madrid, Jese Rodriguez.

Ad

Sungguhpun baru menyertai pasukan pada pertengahan musim, khidmat beliau dijangka tidak akan kekal di Johor bersama-sama Shane Lowry, Murilo Henrique, Enzo Lombardo dan Jorge Obregon.

Ad

Antara pemain lain yang berpotensi untuk meninggalkan JDT ialah pemain termahal pasukan, Jalil Elias.

Tonggak berusia 28 tahun itu hanya turun sekali bersama JDT sebelum dipinjamkan semula ke kelab Argentina, Velez sehingga tamat musim 2025/26.

Saingan Liga Super musim 2025/26 dijangka bermula pada Ogos 2025 dengan penyertaan pasukan masih belum diumumkan ketika ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments