Poster Piala Asia Buatkan Rajagobal Termenung
Asia
MakanBola
RajagobalRg
Advertisements

Bekas jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Datuk K. Rajagobal meluahkan isi hatinya sejurus melihat poster Piala Asia 2023 yang memaparkan dua bintang, Faisal Halim dan Son Heung-min.

Rajagobal merasakan pentas Piala Asia adalah idaman buat semua pemain bola sepak profesional. Dirinya juga tidak terkecuali untuk bercita-cita beraksi di pentas berprestij di Asia ini.

Advertisements

Sebagai jurulatih juga, Rajagobal pernah mencuba membawa Malaysia ke Piala Asia 2015 namun Malaysia gagal mara ke kejohanan utama selepas Malaysia berada di tangga ketiga kumpulan D ketika itu.

“Poster ini membuatkan saya termenung dan berfikir. Sebagai bekas pemain, saya bercita-cita untuk berada di pentas ini (Piala Asia).

Advertisements

“Sebagai jurulatih, ini adalah impian dan aspirasi yang pasti, kami telah mencuba hadapi cabaran & keadaan ketika itu berbeza. Sebagai peminat saya akan menghitung hari sehingga perlawanan pertama,” coret Rajagobal di laman X.

Kini Malaysia telah berada di pentas paling berprestij di Asia ini selepas menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia pada 1980 dan skuad Harimau Malaya pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007, namun ketika itu mendapat tiket selaku tuan rumah.

Advertisements

Bagi kempen Piala Asia 2023, Malaysia diletakkan di kumpulan E bersama-sama tiga lagi pasukan gergasi Asia iaitu Korea Selatan, Bahrain dan Jordan. Jordan akan menjadi lawan pertama Harimau Malaya pada 16 Januari.

Manakala di perlawanan kedua, Malaysia bakal bertemu Bahrain pada 20 Januari sebelum menutup aksi kumpulan dengan perlawanan menentang Korea Selatan pada 25 Januari.

Advertisements

News Comments Account