‘Potong Stim’, Son Heung-min Cuba Berbahasa Malaysia
EPL
Tottenham Hotspur
Advertisements

Bukan sekali penyokong Liga Perdana Inggeris (EPL) di Malaysia mendengar legenda, pengurus mahupun pemain mencuba berbahasa Malaysia. Terbaru, giliran bintang Korea Selatan, Son Heung-min dan rakan sepasukannya dari Tottenham, Dejan Kulusevski melakukan perkara sama.

Kedua-duanya diuji oleh personaliti sukan Astro, Michelle Lee tentang kefahaman mereka berkenaan beberapa perkataan yang ada di Malaysia.

Heung-min dan Kulusevski dilihat sedikit bergelut bila meneka maksud perkataan yang ditanya. Ini mengundang hilai tawa antara kedua-duanya bila cuba meneka jawapan yang tepat.

Advertisements

Ini termasuklah kegagalan kedua-duanya meneka maksud sebenar ‘kopitiam’. Heung-min memberi jawapan kedai gunting rambut dengan Kulusevski pula merujuknya sebagai tempat cari jodoh.

Tetapi yang menariknya, bekas penyerang Hamburg SV itu lancar menyebut ‘potong stim’ tanpa mengetahui maksud sebenarnya. Ini menyebabkan ramai penyokong EPL di ruang komen mengusik bintang Korea Selatan itu sudah menjadi orang Malaysia.

Advertisements

Ini pastinya bakal menambah rencah bila Malaysia dan Korea Selatan diketuai Heung-min bersemuka dalam Kumpulan E, Piala Asia yang berlangsung pada awal tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram