Pra-Musim 2023: Kedah Beri Tentangan Hebat Kepada Nasaf
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Skuad Kedah memulakan program pra-musim mereka di Antalya, Turkiye dengan langkah kiri. Ini selepas mereka ditewaskan kelab Liga Super Uzbekistan, FC Nasaf 2-1 dalam perlawanan pra-musim pertama mereka di negara itu semalam.

Sebaik sepak mula, anak-anak buah Nafuzi dilihat mampu bersaing dengan lawan mereka walaupun pihak lawan mempunyai kelebihan dari segi fizikal. Di sebalik usaha kedua-dua pasukan memburu gol, keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Ad

Selepas rehat, skuad Kenari terlebih dahulu membuka jaringan menerusi bekas penyerang Ventforet Kofu, Willian Lira pada minit ke-58. Bagaimanapun, FC Nasaf membolosi gawang Kedah menerusi dua gol Khusayin Norchaev pada minit ke-80 dan penalti pada minit ke-83.

Ad

Dua gol Norchaev sudah cukup membawa kemenangan kepada The Dragons menjelang wisel penamat. Walaupun tewas, para penyokong Kenari berpuas hati dengan aksi yang ditunjukkan anak-anak buah Nafuzi.

Selepas ini, Kedah bakal berdepan kelab Liga Perdana Kazakhstan, Shakhter Karagandy dalam satu lagi aksi pra-musim yang berlangsung pada hari ini.

Ad