Pra-Musim 2023: Kedah Mudah Tumbangkan Geylang International
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Kedah bangkit semula daripada kekalahan di tangan Selangor dalam perlawanan pertama Piala Harapan. Ini selepas skuad Kenari berjaya mengalahkan Geylang International 2-1 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

Anak-anak buah Nafuzi Zain tampil garang pada babak pertama. Dan ini dibuktikan menerusi gol pemain sayap Kedah, Zharmien Ashraf pada minit ke-31.

Ad

Tersentak, The Eagles cuba bangkit. Malangnya, skuad Kenari menambah jaringan pada minit ke-37 menerusi Al-Hafiz Harun selepas menerima umpanan penyerang import Jonathan Balotelli.

Ad

Belum sempat anak-anak buah Nafuzi meraikan jaringan mereka, Geylang berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-40. Keputusan 2-1 kekal sehingga rehat.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Ad

Dengan keputusan ini, Kenari menggondol tempat ketiga Piala Harapan 2023. Ia juga merupakan tonik terbaik menjelang program pra-musim mereka di Turki yang bakal bermula pada 6 Januari ini.

Ad