Pratama Arhan Tinggalkan Suwon
MakanBola
Suwon FC
Sponsors

Pemain pertahanan Indonesia, Pratama Arhan sah meninggalkan kelab K-League 1, Suwon FC.

Ini selepas pengurusan Suwon mengumumkan nama Arhan sebahagian daripada tiga tonggak import yang tidak dikekalkan untuk musim 2025.

Ad
Sponsors

“Tiga pemain Suwon FC iaitu Lachlan Jackson, Pratama Arhan dan Eljon Sota meninggalkan pasukan. Kelab tidak akan melupakan dedikasi para pemain baik dalam mahupun luar padang,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Keputusan ini menyaksikan hanya Anderson Oliveira yang dikekalkan Suwon untuk musim 2025. Pemain sayap berusia 26 tahun itu menjaringkan tujuh gol dan 14 bantuan gol dalam K-League 1 2024.

Suwon juga perlu mencari pengganti untuk pemain sayap, Jeong Seung-won. Ini kerana pemain sayap berusia 27 tahun itu dilaporkan bakal menyertai FC Seoul.

Ad

Arhan hanya beraksi sebanyak dua perlawanan sebagai pemain gantian sepanjang bersama Suwon. Beliau turut merekodkan kad merah ketika beraksi menentang Jeju United pada 26 Mei lalu.

Ad

Susulan itu, beberapa kelab Liga 1 Indonesia dilaporkan berminat mendapatkan Arhan. Antara yang berminat ialah Dewa United, Semen Padang dan PSIS Semarang.

Ad