Advertising
Presiden Baharu Terengganu Akhirnya Terjawab
MakanBola
Piang Shankly

Identiti Pengerusi Lembaga Pengarah Terengganu FC (TFC) Sdn. Bhd. akhirnya terjawab hari ini.

Ini selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengumumkan perlantikan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Hishamuddin Abdul Karim sebagai presiden persatuan yang baru.

Perlantikan ini dikongsikan oleh pemerhati bola sepak bebas, Piang Shankly di akaun X beliau hari ini.

Ad

Beliau menggantikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang sebelum ini menggalas peranan tersebut.

Ad

Dengan pengesahan beliau sebagai Presiden PBSNT, Hishamuddin secara automatik turut menjadi pengerusi lembaga pengarah pasukan.

Perubahan ini dilihat mampu memperkukuh struktur pengurusan skuad Peteh agar dapat menunjukkan prestasi yang lebih bagus baik di dalam mahupun di luar padang.

Ad

Satu-satunya persoalan yang masih bermain dalam fikiran para penyokong ialah calon yang bakal mengisi kekosongan jawatan CEO Terengganu. Ini selepas Ab Rasid Jusoh telah meninggalkan pasukan itu pada awal bulan ini.