Asia Tenggara
FABD
Advertisements

Arena bola sepak ASEAN dikejutkan dengan berita Presiden Persatuan Bola Brunei Darussalam (FABD), Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan digantung organisasi itu baru-baru ini.

Advertisements

Akhbar Borneo Bulletin melaporkan keputusan tersebut dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif FABD pada 17 November lalu.

Keputusan menggantung Pengiran Haji Matusin dibuat mengikut peruntukan Artikel 17 Perlembagaan FABD.

Advertisements

“Kongres bertanggungjawab untuk menggantung ahli (FABD). Jawatankuasa Eksekutif bagaimanapun boleh menggantung ahli yang didakwa mencabuli tanggungjawab mereka dengan serta-merta.

“Penggantungan yang diluluskan Jawatankuasa Eksekutif akan kekal sehingga kongres yang seterusnya melainkan Jawatankuasa Eksekutif memutuskan untuk menarik balik penggantungan,” kata pengurusan FABD dalam satu kenyataan media.

Advertisements

Jawatankuasa Eksekutif FABD turut memutuskan untuk memecat Setiausaha Agung FABD, Mohammad Shahnon bin Mohd Salleh.

Kenyataan media sama turut mengumumkan pemilihan ahli jawatankuasa baru FABD dan kongres yang sepatutnya berlangsung pada 18 November lalu ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram