Presiden FIFA Anggap Eropah Hipokrit Terhadap Qatar
Dunia
Shamoon Hafez
Advertisements

Presiden FIFA, Gianni Infantino melabel negara-negara Eropah sebagai hipokrit terhadap negara penganjur Piala Dunia 2022, Qatar. Label hipokrit ini disebut dalam sidang media beliau menjelang perlawanan pembukaan kejohanan pada Ahad ini.

Sebelum ini, FIFA dikecam kerana menganugerahkan hak tuan rumah kepada Qatar yang dikatakan mempunyai rekod buruk terhadap pekerja migran dan golongan minoriti. Isu ini sedikit sebanyak mencemarkan reputasi negara itu sebagai negara tuan rumah Piala Dunia.

Dalam sidang medianya hari ini, Infantino berkata, “Saya orang Eropah. Untuk apa yang kita lakukan selama 3,000 tahun di seluruh dunia, kita patut memohon maaf selama 3,000 tahun sebelum memberi tunjuk ajar dari segi moral.

Advertisements

“Kalau Eropah ambil kisah tentang nasib mereka (pekerja migran), wujudkan saluran yang sah seperti yang dilakukan Qatar, maka sebahagian daripada mereka ini boleh datang ke Eropah untuk bekerja. Berikan mereka sedikit masa depan, sedikit harapan.

“Saya berdepan kesukaran memahami kritikan-kritikan yang dilemparkan. Kita harus melabur kalau mahu membantu mereka, dalam bentuk pendidikan dan memberi mereka harapan dan masa depan yang lebih baik. Kita patut mendidik diri sendiri, banyak benda tidak sempurna tetapi reformasi dan perubahan mengambil masa.

“Pengajaran moral bersifat sebelah pihak ini hanya hipokrasi semata-mata. Saya tertanya-tanya kenapa tiada sesiapa yang mengiktiraf kemajuan yang dibuat Qatar sejak 2016. Bukan mudah untuk menerima kritikan untuk keputusan 12 tahun sebelumnya.

Advertisements

“Qatar sudah bersedia, ia akan menjadi Piala Dunia terbaik yang pernah diadakan. Saya tak perlu pertahankan Qatar, mereka boleh mempertahankan diri mereka sendiri. Saya hanya mempertahankan sukan bola sepak.”

Qatar bakal memulakan kempen mereka dalam kumpulan A dengan menentang Ecuador untuk perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022 pada tengah malam 21 November.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram