Ads
Presiden FIFA Puji Kemajuan Bola Sepak Malaysia
Harimau Malaya
FA Malaysia

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino menyuarakan rasa gembira melihat kemajuan bola sepak Malaysia.

Advertisements

Komen ini dibuat selepas pelancaran projek Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Presint 5, Putrajaya pada 26 Jun lalu. Pelancaran projek disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, sambil disaksikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Advertisements

Projek NTC ini direalisasikan menerusi peruntukan dana FIFA Forward berjumlah AS$5.2 juta (RM24 juta). FIFA Forward merupakan program yang dibentuk pada 2016 dengan tujuan membantu pembangunan infrastruktur bola sepak membabitkan 211 negara anggota badan induk itu.

Advertisements
Advertisements

Infantino melihat kewujudan NTC bakal membawa bola sepak negara lebih ke hadapan di peringkat antarabangsa.

“Pusat Latihan Kebangsaan yang dibangunkan di Malaysia adalah contoh hebat tentang apa yang boleh dilakukan oleh FIFA melalui program FIFA Forward dengan kerjasama daripada negara ahli kami.

Advertisements

“Ia akan menyediakan generasi pemain elit dengan kemudahan terbaik untuk mempamerkan dan meningkatkan bakat mereka,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Peruntukan FIFA Forward ini digunakan untuk fasa pertama projek NTC iaitu pembinaan tiga buah padang bola sepak menggunakan rumput Bermuda, hibrid dan sintetik.

Padang ini juga akan dilengkapi lampu limpah, sistem saliran berkualiti, landskap dan pagar setinggi enam meter di sekeliling kawasan padang.

Sementara kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pula memperuntukkan RM45 juta untuk fasa kedua NTC.

Fasa kedua NTC menyaksikan pembinaan pelbagai kemudahan di pusat latihan berkenaan termasuk gimnasium, surau, bilik persalinan pemain dan bumbung untuk padang rumput tiruan.

Kedua-dua fasa projek ini akan berjalan pada waktu sama dengan fasa satu NTC dijangka siap pada Disember 2026. Sementara fasa dua NTC dijangka selesai pada Disember 2027.

Kejayaan FAM merealisasikan projek ini turut mendapat ucapan tahniah daripada Infantino. Beliau berharap menerusi NTC, ini akan merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk membawa nama negara di pentas dunia.

“Tahniah dan terima kasih kepada FAM, diketuai oleh Presiden Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin, dan kerajaan Malaysia kerana menyokong kami dalam membantu memenuhi impian rakyat Malaysia yang ingin bermain bola sepak untuk negara mereka di pentas global,” ujarnya.

Advertisements

Apabila NTC fasa satu siap pada Disember 2026, NTC bakal dimanfaatkan oleh semua pasukan daripada skuad senior lelaki kebangsaan hinggalah skuad bola sepak wanita negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram