Piala Malaysia
muhammadsanusimdnor_official
Advertisements

Baru-baru ini kecoh di media tempatan apabila dikhabarkan pemain Kedah Darul Aman FC tidak menerima gaji untuk 2 bulan yang dilihat merencatkan tempo kecemerlangan pasukan Kedah di saingan Piala Malaysia.

Pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Idris sebelum ini ada meninggalkan komen di laman instagram yang menegur pengurusan pasukan Kedah yang dilihat lambat melunaskan gaji pemain. Walaupun gaji telah dilunaskan namun ianya dilihat seperti menekan ‘butang kecemasan’ supaya pemain Kedah bermain bermati-matian menentang JDT malam ini.

Tmj 12 Presiden KFA Balas Kenyataan Tunku Ismail Berhubung Isu Gaji Pemain Kedah
HRHCROWNPRINCEOFJOHOR

Selepas teguran yang dibuat oleh Tunku Ismail, pihak Kedah dilihat tidak berdiam diri apabila Presiden Bola Sepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor membalas kenyataan yang dibuat oleh pemilik JDT itu.

Advertisements

“La ni (sekarang) bulan sebelaih (sebelas) dah, bulan satu sampai bulan sepuluh kena lawan JDT tiap-tiap bulan ke? Apa punya peluru kapoq (kapur) tala (menghala) ikut suka” balas Sanusi di laman Facebook miliknya.

Kenyataan balas yang diberikan oleh Sanusi itu seperti tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Tunku Ismail berkaitan isu gaji pemain Kedah. Ini kerana masalah gaji dalam pasukan Kedah tidak berlaku setiap bulan dan teguran Tunku Ismail itu disifatkan Sanusi sebagai ‘tidak tepat’.

Laman Facebook Muhammad Sanusi Md Nor

Walau apa pun yang terjadi, teguran yang dibuat oleh Tunku Ismail ini pastinya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menegur pengurusan supaya lebih menjaga kebajikan para pemain yang bermain sepenuh jiwa dan raga demi lencana di dada.

Advertisements

Pertembungan antara Kedah Darul Aman FC menentang pasukan Johor Darul Ta’zim malam ini pastinya berlangsung dengan cukup sengit sambil beberapa aksi lain mencuri tumpuan seperti ‘Klang Derby’ yang menemukan Kuala Lumpur City FC bertemu Selangor FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram