Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan kebangsaan Kyrgyzstan amat merisaukan sebelum bertemu Malaysia.

Advertisements

Aksi kelima Kelayakan Piala Dunia 2026 itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon mahu bangkit daripada kedukaan selepas tunduk di tangan Oman dua kali.

Harimau Malaya bagaimanapun terpaksa berdepan lawan yang kini dalam kemuncak prestasi selepas merekodkan dua kemenangan dalam aksi terakhir.

Advertisements

Anak didik Stefan Tarkovic menumpaskan Chinese Taipei di laman lawan dengan keputusan 2-0 sebelum kemenangan 5-1 di laman sendiri berdepan pasukan sama pada 28 Mac lalu.

Rekod Kyrgyzstan di laman sendiri amat baik sejak beberapa perlawanan kebelakangan ini apabila berjaya menundukkan Oman dengan keputusan 1-0.

Advertisements

Pasukan ke-100 dunia ini juga berjaya membenam cabaran Vietnam tempoh hari sekaligus menyaksikan mereka kebal di laman sendiri.

Harimau Malaya sudah pasti mahu kembali mencari rentak kemenangan sungguhpun tanpa beberapa tonggak utama seperti Arif Aiman dan Faisal Halim kali ini.

Advertisements

Skuad kebangsaan akan beraksi bagi perlawanan kelima Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.

Perlawanan keenam pula akan menemukan Chinese Taipei dan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram