Ads
Prestasi Tajikistan & Lubnan Merisaukan Menjelang Pestabola Merdeka
Asia
FA Malaysia

Prestasi merisaukan dialami oleh juara bertahan, Tajikistan dan juga Lubnan menjelang Pestabola Merdeka 2024.

Advertisements

4 pasukan bakal menghangatkan saingan Pestabola Merdeka 2024 dengan tuan rumah iaitu Malaysia, Tajikistan, Filipina dan juga Lubnan.

Advertisements

Tajikistan bagaimanapun turun tanpa tonik utama selepas bekas pengendali, Petar Segrt telah mengumumkan peletakan jawatannya Februari lalu.

Advertisements
Advertisements

Kemas kini ranking FIFA menyaksikan Tajikistan mengalami penurunan daripada kedudukan ke-102 dunia kepada 103 ketika ini.

Situasi ini juga tidak terjadi kepada Lubnan yang mencatatkan peningkatan satu tangga untuk berada pada kedudukan ke-116 dunia.

Advertisements

Malaysia pula ketika ini menghuni tangga ke-134 manakala Filipina pada kedudukan 147 dunia.

Lubnan yang kini dibimbing oleh Miodrag Radulovic tidak berada dalam prestasi terbaik apabila tewas tiga perlawanan dalam 5 aksi terakhir yang ditempuhi.

Tajikistan juga menerima nasib sama apabila tunduk tiga daripada 5 perlawanan terakhir sekaligus memberikan motivasi tambahan kepada Harimau Malaya.

Advertisements

Aksi Pestabola Merdeka dijadualkan berlangsung pada awal September 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram