Johor Darul Ta’zim vs Nagoya Grampus: AFC Champions League.
Johor Darul Ta’zim dan Nagoya Grampus bakal bertemu dalam perlawanan kedua kumpulan G Liga Juara-Juara AFC buat kali pertama dalam sejarah penubuhan kedua-dua kelab.
Perlawanan ini yang diadakan secara karnival di Thailand bakal menyaksikan aksi kompetitif Asia pertama buat Johor Darul Ta’zim yang sebelum ini menarik diri pada peringkat kumpulan gara-gara kekangan pandemik Covid-19.
Kedua-dua pasukan dilihat mampu memenangi perlawanan dengan status Johor Darul Ta’zim sebagai antara pencabar terbaru di Asia dan Nagoya yang kini berada dikedudukan kedua J-League 1 selepas 20 perlawanan.
Prestasi buruk Nagoya dalam saingan tempatan untuk 10 perlawanan terakhir sedikit sebanyak memberikan keyakinan tambahan buat anak didik Benjamin Mora namun kekuatan mana-mana pasukan dari saingan J-League sudah pasti akan menjadi penghalang terbesar buat Harimau Selatan.

Jangkaan Perlawanan Menerusi Analisis Semasa:
Keputusan Seri: 0-0 / 1-1 (8/10 mata)
Johor Menang: 1-0 (6/10 mata)
Nagoya Menang: 1-0 (8.7/10 mata)
Keputusan seri merupakan antara jangkaan terbesar selepas jangkaan keputusan kemenangan buat Nagoya dengan 8.7 mata namun dengan peningkatan prestasi dan penambahan pemain import baru JDT mampu mengubah keputusan perlawanan.

Jangkaan Perlawanan MakanBola (Berunsur Bias)
Johor Darul Ta’zim 2-1 Nagoya Grampus (JDT menang)
Jangkaan Kesebelasan Utama
Johor Darul Ta’zim
Penjaga Gawang: Farizal
Pertahanan: Corbin-Ong (LB), Maurício dos Santos, Shane Lowry, Matthew Davies (RB)
Tengah: Safawi Rasid, Nazmi Faiz, Natxo Insa, Syamer Kutty, Ariff Aiman
Atas: Bergson
Nagoya Grampus
Tiada dan tidak ambil peduli
Info Siaran Langsung (Live streaming / siaran TV)
Tarikh dan waktu: 22 Jun 2021 / 10.00 malam (waktu Malaysia)
Siaran Langsung: ASIA : Fox Sports HD (CH815, CH816)
Selamat maju jaya buat kedua-dua pasukan.