Prof Zulakbal: Kita Takkan Ke Mana Walaupun Dikendalikan Jurulatih Ternama
Dunia
FAM
Advertisements

Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim hari ini tampil menjelaskan bahawa pertukaran jurulatih semata-mata bukanlah faktor utama kejayaan pasukan.

“Adakah menukar jurulatih akan membuatkan mutu skuad kebangsaan menjadi lebih baik? Saya rasa lebih baik untuk kita melihat perkara ini daripada segala sudut kerana bukan jurulatih semata-mata yang menjadi faktor kejayaan sesebuah pasukan.”

Zulakbal turut mengulas berkenaan prestasi dan kualiti pemain negara ketika ini. Menurutnya, skuad negara perlu diperkasa secara menyeluruh yang melibatkan peranan pelbagai pihak khususnya pemantapan dari segi pemain dan infrastruktur.

Advertisements

“Kekuatan skuad kebangsaan adalah selari dengan kualiti pemain yang ada. Dalam hal ini, semua pihak perlu memainkan peranan dalam memperkasa material untuk skuad kebangsaan khususnya daripada segi pemain, infrastruktur dan sebagainya.”

Professor Madya itu menegaskan bahawa skuad kebangsaan takkan ke mana seandainya kita hanya bangkitkan isu pertukaran jurulatih. Sememangnya, memiliki kualiti pemain yang bagus juga perlu sebagai nilai tambah buat pasukan.

“Begitu juga dengan skuad kebangsaan, kalau tiada material yang bagus, kita takkan ke mana walaupun dikendalikan jurulatih ternama sekalipun. Kita lupakan mengenai Piala Suzuki AFF 2020 dan fokus untuk pusingan kelayakan Piala Asia 2023 nanti.

Advertisements

Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris ini juga berpandangan bahawa fokus pasukan ketika ini adalah persiapan pasukan. Semua pihak perlu menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik termasuklah badan pengurusan.

“Dengan apa yang berlaku sebelum ini, saya rasa FAM tahu apa yang perlu dilakukan oleh mereka. Mereka perlu adakan persiapan yang lebih baik khususnya dengan pembabitan semua pihak termasuklah yang di belakang tabir,” katanya kepada Berita Harian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram