Advertising
“Proses JDT Dari Tahun 2013, Inilah Hasilnya” – Safee Sali
MakanBola
PFAM

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali menyifatkan kejayaan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengikat Shanghai Port 2-2 terjadi hasil daripada proses yang diusahakan sejak 2013.

Aksi sulung Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) membabitkan JDT dan Shanghai Port menyaksikan pasukan itu mendahului tuan rumah sebanyak dua kali.

Ad

Kelibat pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi menjadi mimpi ngeri buat The Red Eagles apabila menjaringkan dua gol untuk Harimau Selatan.

Ad

Meskipun Shanghai Port berjaya meraih satu mata menerusi gol Gustavo dan Willian Popp, ini masih satu kejayaan membanggakan buat JDT.

Atas sebab itu, Safee percaya proses perubahan yang dilalui Harimau Selatan termasuk pengambilan pemain baru sejak 2013 telah menghasilkan satu pasukan yang berkualiti di pentas Asia.

Ad

“Saya rasa apa proses yang selama ini JDT lakukan daripada 2013, rasanya inilah hasilnya. Proses demi proses bila sama dengan JDT sekarang ini, 2-2 dengan Shanghai Port, saya rasa keputusan yang sangat membanggakan,” katanya kepada Astro Arena.

Ad

Keputusan ini menyaksikan JDT dan Port menduduki tangga kelima dan keenam Liga Timur ACLE dengan satu mata selepas satu perlawanan.

Ad

Selepas ini, Harimau Selatan kembali mengalihkan fokus kepada liga dengan turun menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 22 September ini.