Prospek Akademi JDT, Izham Aiman Terpilih Jalani Latihan Di Sepanyol

Izham Aiman Prospek Akademi JDT, Izham Aiman Terpilih Jalani Latihan Di Sepanyol
La Liga Youth Tournament

Pemain B-14 Akademi Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Izham Aiman telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan La Liga Youth Tournament.

Kejohanan yang berlangsung di Kopa Arena, USM Penang itu menyaksikan ubi muda itu turut berpeluang ke Madrid, Sepanyol untuk menjalani latihan bersama beberapa jurulatih terbaik dunia disana.

Tiga wakil negara berjaya menyandang gelaran juara dalam kejohanan tersebut. Akademi Wira Muda jadi juara bagi kategori B-10, United Malaysia juara B-12, sementara Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul sebagai juara dalam kategori B-14. Pasukan B-16 pula dijuarai oleh kelab dari Thailand, Chiangmai FC.

Setibanya di Madrid nanti, Izham turut berpeluang untuk melawat HQ La Liga dan menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung di Stadium La Liga.

Sepanjang menjalani latihan, Izham juga akan dipantau 42 kelab professional di Sepanyol. Ini merupakan peluang terbaik untuk beliau buktikan kemampuan sebenar dan meyakinkan perekrut-perekrut antarabangsa disana.