Prospek Muda Kelantan, Khalaif’ Naskam Sertai Terengganu
Transfer
Terengganu FC
Advertisements

Prospek muda Kelantan, Khalaif’ Naskam kini berkelana ke negeri jiran dan bakal menyarung jersi hitam putih bagi musim hadapan.

Pemain berusia 22 tahun itu sah memperkuatkan pasukan Terengganu II untuk beraksi dibawah kendalian ketua jurulatih, Hairuddin Omar.

Khalaif’ Naskam antara pemain muda yang mencuri perhatian ramai apabila berjaya membolosi gawang gol JDT pada musim lalu menerusi jaringan roket dari luar kotak penalti.

Advertisements

Minat Terengganu II untuk merekrut penyerang ini bukanlah satu kejutan memandangkan wartawan sukan Zulhelmi Zainal Azam pernah berkongsikan Khalaif Naskam berada dalam radar Terengganu II pada akhir Disember tahun lalu.

Kehadiran penyerang berbakat ini pastinya akan membantu Terengganu II dalam mempertahanan kejuaraan Piala MFL pada musim hadapan.

Advertisements

Malah sudah ada penyokong Terengganu yang membayangkan Khalaif’ Naskam akan menjadi prospek seterusnya yang akan dinaikkan pangkat ke pasukan utama Terengganu FC kelak.

“Awal naik pangkat rasanya ni” ujar Marhisham Mohamad di laman Facebook rasmi Terengganu II.

Advertisements

Selain Khalaif’ Naskam, Terengganu II turut mengumumkan kehadiran Chukwu Nnaibuke dan Rakesh Munusamy selaku pemain baharu pada musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram