Prospek Warisan Malaysia Lincah Beraksi Buat Skuad Muda Juventus
MakanBola
FCF Academy
Sponsors

Seorang prospek muda berbakat Malaysia lincah beraksi bersama skuad muda Juventus.

Perkara ini dikongsikan oleh laman Frfuturetalents berkenaan pemain yang dikenali sebagai Matthew Wei-Jun Lee.

Ad
Sponsors

Tonggak berusia 16 tahun itu merupakan pemain serangan yang versatil dan boleh beraksi pada beberapa posisi.

Ad

Antara peranan yang boleh dimainkan olehnya adalah sebagai pemain tengah menyerang, pemain sayap kiri dan juga kanan.

Beliau difahamkan merupakan pemain kelahiran Kanada-Malaysia yang berketinggian 1.75 meter dan beraksi bersama kelab Kanada, Juventus Edmonton.

Ad

Matthew dilahirkan di Kanada namun memiliki pertalian darah dengan bapanya yang berasal dari George Town, Pulau Pinang manakala ibunya merupakan warganegara Kanada.

Ad

Setakat ini, tiada mana-mana pengesahan mengenai status beliau namun Ketua Jurulatih Malaysia B-17, Javier Ribera mengakui terbuka untuk mengambil pemain warisan bagi aksi Kelayakan Piala Asia, Oktober kelak.

Ad