Kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) pantas menemui pengganti Kylian Mbappe yang sah meninggalkan pasukan pada akhir musim ini.
Pemain sayap kiri itu mahu mencari cabaran baru dan memberi bayangan akan beraksi di luar liga Perancis apabila turut mendedahkan beliau berat hati ingin meninggalkan negara tersebut.
PSG tanpa melengahkan masa telah pantas mengenal pasti pengganti seterusnya untuk mengisi posisi serangan pasukan.
Pemain yang kini menjadi sasaran kelab ialah pemain meningkat naik Napoli, Khvicha Kvaratskhelia yang merupakan pemain sayap lincah di liga Itali.
Khvicha Kvaratskhelia yang baru berusia 23 tahun merekodkan 10 gol dan mencetak 8 bantuan jaringan dalam 31 aksi Serie A bersama Napoli musim ini.
Malah pemain sayap kiri ini turut cemerlang bersama pasukan kebangsaan Georgia apabila telah meledak 15 gol dalam 29 penampilan di peringkat antarabangsa.
Khvicha Kvaratskhelia kini bernilai RM409 juta bersamaan dengan €80 juta dan umum mengetahui bahawa bukan satu masalah besar untuk PSG memenuhi tag harga tersebut.
Namun menurut Fabrizio Romano, presiden Napoli iaitu De Laurentiis tidak mahu menjual Khvicha Kvaratskhelia dan mahu memberikan kontrak lanjutan kepada pemain tersebut memandangkan Victor Osimhen akan meninggalkan kelab.
PSG turut memerhatikan situasi seorang lagi penyerang Napoli, Victor Osimhen dalam memperkuatkan jenteran serangan pasukan pada musim hadapan.