PSG Sedia Lelong Kylian Mbappe Ke Al-Hilal
Transfer
PSG – Paris Saint-Germain
Advertisements

Kelab gergasi Perancis, PSG bersedia menjual pemain bintang mereka, Kylian Mbappe kepada kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal.

RMC Sport mendedahkan tindakan drastik itu akan dibuat sekiranya Mbappe gagal memperbaharui kontrak dengan PSG sebelum tarikh akhir 31 Julai ini.

Dengan bekas pemain AS Monaco itu dilihat tiada minat memperbaharui kontrak, kelab Saudi Pro League itu bersedia membayar yuran perpindahan £200 juta (RM1.1 bilion) kepada Les Parisien.

Advertisements

Mbappe kini menjadi sasaran utama liga berkenaan selepas mereka gagal mempengaruhi Lionel Messi untuk berpindah ke Arab Saudi. Selain Al-Hilal, Chelsea juga dilaporkan berminat membawa beliau ke Stamford Bridge.

Dan sebagai insentif tambahan, Al-Hilal juga bersedia membenarkan pemenang Piala Dunia 2018 itu berhijrah ke Real Madrid sekiranya beliau menyertai mereka.

Kemelut Mbappe dan PSG tercetus apabila penyerang berbisa Les Bleus itu mengumumkan tidak mahu menyambung kontrak bersama kelab berkenaan.

Advertisements

Ramai percaya pengumuman ini dibuat bagi membolehkannya menyertai Los Blancos secara percuma pada akhir musim hadapan walaupun dinafikan sekeras-kerasnya oleh beliau.

Hal ini menyaksikan Mbappe disisihkan daripada menyertai skuad utama PSG untuk jelajah pra-musim di Jepun dan Korea Selatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram