PSM Larang Pentas & Menara Bunyi Diletakkan Atas Padang SNBJ
MakanBola
Wan/MakanBola
Sponsors

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mula mengambil tindakan bagi memulihkan kembali kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

PSM menerusi satu kenyataan media hari ini memaklumkan pentas dan menara bunyi untuk konsert tidak lagi dibenarkan diletakkan di atas padang SNBJ.

Ad

Keputusan ini dibuat selepas mesyuarat post-mortem membabitkan PSM, perunding dan kontraktor stadium berkenaan padang SNBJ yang diadakan pada 1 April lalu.

Ad

Ini susulan ramai pihak marah dengan keadaan padang SNBJ yang kurang baik untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 Malaysia-Oman yang berlangsung baru-baru ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Ahli Lembaga Pengarah PSM, Datuk Seri Windsor Paul John itu kemudiannya mencadangkan larangan sementara pemasangan struktur pentas untuk konsert di atas padang dikuatkuasakan.

Ad

Lantas, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kemudiannya mengeluarkan arahan moratorium sementara untuk pemasangan struktur pentas konsert di padang sehingga padang SNBJ kembali pulih.

Ad

“Perbadanan Stadium Nasional (PSM) telah mengadakan post-mortem pada 1 April 2024 bagi membincangkan keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semasa perlawanan antara Malaysia dan Oman Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Ad

“Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Datuk Seri Windsor John, Ahli Lembaga Pengarah PSM. Susulan daripada hasil post-mortem, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengeluarkan moratorium jangka pendek untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di atas rumput sehingga kondisi rumput mencapai tahap yang baik.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada penganjur konsert pada sesi dialog antara menteri dan para penganjur konsert semalam. Dialog tersebut turut membincangkan langkah- langkah yang boleh diambil oleh PSM untuk menyediakan fasiliti yang lebih sempurna.

“Penganjur masih boleh membuat tempahan namun sebarang struktur pentas dan menara bunyi adalah dilarang di atas padang,” kata PSM dalam satu kenyataan.

PSM melihat langkah ini perlu demi memulihkan kembali padang SNBJ ke tahap yang terbaik.