Advertising
PSM Makassar Tagih Sokongan Penyokong Demi Nama Indonesia
MakanBola
PSM Makassar

Jurulatih PSM Makassar, Bernardo Tavares mengharapkan sokongan penyokong bagi aksi pertama pasukan itu dalam Shopee Cup menentang BG Pathum United pada Rabu 21 Ogos.

Sokongan daripada penyokong amat ditagih Tavares memandangkan PSM Makassar bukan sahaja membawa nama kelab malah turut membawa nama Indonesia.

Ad

“Saya berharap penyokong dapat turun ke stadium untuk menyokong kita kerana kita bukan sahaja membawa nama PSM tapi juga membawa nama Indonesia,” jelas Tavares dalam sidang media pra perlawanan yang dikongsikan Abatanews.

Ad

PSM Makassar kini berada di dalam momentum terbaik untuk berdepan BG Pathum United selepas tampil cemerlang dalam saingan Liga 1 Indonesia dengan dua kemenangan berturut-turut berjaya dicatatkan setakat ini.

Namun itu bukanlah tiket buat pemain PSM Makassar mendabik dada. Tavares berharap para pemainnya tetap merendahkan diri dan dalam masa yang sama mempertingkatkan prestasi bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

Ad

“Kita perlu tetap rendah diri. Kita juga perlu meningkatkan diri untuk menghadapi perlawanan yang seterusnya,” kata Tavares lagi.

Ad

PSM dan BG Pathum diletakkan di dalam kumpulan A bagi saingan Shopee Cup musim ini bersama-sama empat kelab lain iaitu Terengganu FC, Thanh Hoa FC (Vietnam), Shan United (Myanmar) dan Preah Khan Reach Svay Rieng (Kemboja).

Ad